TENTANG SANTAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Pilihan topik santan bulan ini juga ada kena mengena dengan tema bulan ini iaitu makanan tradisional.  Malaysia kaya dengan pelbagai makanan tradisi yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Santan antara bahan yang digunakan dalam banyak resipi masakan tradisional Melayu. Santan merupakan cecair yang diperah daripada isi kelapa tua. Untuk mendapatkan santan kelapa asli, kita perlu memarut kelapa dan memerahnya. Santan kelapa bukan sahaja dibuat lauk pauk tetapi ia banyak digunakan dalam penyediaan kuih-kuih Melayu.

Makanan yang menggunakan santan asli dapat memberi rasa lebih sedap dan berlemak. Kuih muih yang menggunakan santan memberikan hasil rupa yang berkilat dan segar.Kini anda mempunyai lebih pilihan santan kerana ada yang dijual dalam kotak, tin dan paket. Sudah pasti ia mempercepatkan proses memasak. Jadi tidak hairanlah jika, santan segera kini menjadi pilihan ramai.

MenurutSeedGuides.Info, santan amat kaya dengan kandungan vitamin dan mineral. Santan mengandungi Vitamin C dan E selainkaya kandungan mineral yang penting untuk kesihatan badan seperti kalsium, kalium, magnesium dan zink. Satu cawan santan mengandungi 13 gm karbohidrat, 5 gm serat, 5 gm protein dan 57 gm lemak. Satu cawan santan juga boleh memberi lebih kurang 552 kalori. Ini bermaksud santan itu tinggi kalorinya dan oleh itu , ia perlu dimakan dalam jumlah kecil.

Kandungan lemak dalam santan juga sangat tinggi, yang juga menunjukkan ia perlu diambil dalam jumlah kecil. Antara manfaat santan dalam diet yang mungkin anda tidak tahu adalah serat, lemak dan nutrisi serta antioksidan dalam santan kelapa dapat membantu melambatkan penuaan. Tulang yang sihat bukan sahaja memerlukan kalsium tetapi fosforus yang dapat membantu kekuatan tulang. Makanya dengan mengambil santan secara konsisten ia dapat membatu mengekalkan tulang yang kuat. Terbukti santan mengandungi tinggi antioksidan yang dapat mengenyahkan radikal bebas dalam badan. Kandungan vitamin E dalam santan juga dapat meningkatkan imunisasi melawan penyakit.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan