Oleh :Rosmarlinda Kamarudin

Buah jambu sememangnya enak dimakan apatah lagi dicicah dengan garam ataupun kicap yang diletakkan sedikit gula dan cili padi. Bagi penggemar buah jambu, sebenarnya ada banyak jenis-jenis jambu yang perlu anda tahu selain jambu batu.

JAMBU BRAZIL

JAMBU BRAZIL

Di Malaysia, agak jarang dijumpai. Jambu ini berasal dari Brazil dan terdapat dalam dunia warna iaitu merah dan kuning. Rasanya masam-masam manis seperti buah markisa.

JAMBU BOL

JAMBU BOL

Agak sukar ditemui kini. Pucuk jambu bol, rasanya cukup lemak. Pokoknya akan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan sangat cantik.

JAMBU MAWAR

JAMBU MAWAR

Mempunyai aroma berbau wangi. Pokoknya jarang diserang ulat kerana bau wanginya itu dan rasanya kelat,  buahnya jika jatuh ke tanah akan cepat lebam. Buahnya ada yang berwarna hijau, kuning dan merah kekuningan jika sudah terlalu masak.

JAMBU MADU

JAMBU MADU

Ada yang panggil jambu semarang. Bunganya berwarna putih dan tidak mengeluarkan bau. Buahnya berbentuk panjang. Berwarna merah dan kulitnya nipis, licin dan berkilat. Isinya berwarna putih. Rasanya manis dan rapuh.

JAMBU SUSU

JAMBU BOTOL

Di kenali juga dengan nama jambu susu. Buahnya berwarna putih memanjang dan rasanya masam dan sedikit kelat. Jika ia terlalu masak, buahnya lembut dan berjus. Enak juga jika dibuat jeruk.

JAMBU BATU

JAMBU BATU

Dipercayai berasal dari Peru dan Mexico. Berbuah sepanjang tahun. Amalkan makan buah jambu batu, baik untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ia mengandungi vitamin C, enam kali lebih banyak dari buah oren dan baik untuk kesihatan.

JAMBU AIR

JAMBU AIR

Kaya dengan vitamin A dan vitamin C. Amalkan makan jambu air, sangat baik untuk menjaga kesihatan gigi, gusi dan buah pinggang. Ia juga mengandungi banyak air, yang boleh diolah dijadikan jus.