BAHAN :

300 gm kacang kuda – rendam semalaman dan direbus hingga empuk dan tos airnya

Segenggam ikan bilis – goreng

1 labu bawang besar – hiris

1/2 cawan air asam jawa

1 cawan cili kering kisar

2 tangkai daun kari

Garam dan gula secukup rasa

 

CARA :

 

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan air asam jawa dan masak hingga pekat.
  3. Masukkan pula gula dan sedikit garam.
  4. Seterusnya masukkan kacang kuda yang siap direbus empuk dan ditos tadi. Biarkan hingga kering.
  5. Masukkan daun kari dan akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng.