Timun dipercayai berasal dari Nepal, dan ia mula tumbuh di negara itu sejak 3000 tahun lalu. Bagaimanapun timun di Nepal itu dibawa masuk sejak zaman Greek dan Roman lagi dan benihnya mula dibawa ke merata dunia seperti China.
Di Perancis ia mula ditanam sejak abad ke-9, England abad 14 dan Amerika Utara pada pertengahan abad 16.
Pliny the Elder yang menulis buku The Natural History, Book XIX (bab 23) menceritakan orang kuno Greek menanam pelbagai jenis timun ketika itu. Biasanya timun ditanam pada musim sejuk dan panas.
Timun ditanam di atas kotak besar yang beroda; jika terlalu banyak terik matahari ia ditolak masuk dan diletakkan di tempat yang lebih teduh. Manakala pada musim sejuk pokok ini boleh diletakkan di tempat yang berdinding. Dinding itu diperbuat daripada kain yang dicelup dengan minyak. Kaedah itu samalah seperti rumah kaca seperti sekarang ini.
Setakat ini China merupakan negara pengeluar timun terbesar dunia, diikuti Iran, Turki, dan Rusia.
Timun biarpun murah dan mudah didapati tetapi ia kurang diberi perhatian oleh masyarakat kita. Biasanya ia dijadikan ulam sampingan dalam beberapa hidangan.
Antara khasiat timun ialah:
Hidratkan tubuh
Timun kaya dengan kandungan air, iaitu sebanyak 90 peratus. Ia dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda.
Mengawal suhu panas
Ia dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh deman panas. Timun yang dikisar boleh dilumurkan pada tubuh yang terkena pancaran matahari yang berlebihan.
Membuang toksin
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai ‘penyapu virtual’, yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekali gus dapat melarutkan batu karang.
Sumber vitamin
Timun mengandungi vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih ‘berkuasa’ dengan mencampurkan timun, lobak merah dan bayam. Ia juga elok untuk kulit kerana mengandungi 12 peratus vitamin C untuk keperluan kulit dalam sehari.
Kaya dengan mineral
Timun kaya dengan potasium, magnesium dan silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat spa.
Hadam dan turunkan berat badan
Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berat badan. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.
Melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semula jadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignen yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.
Kawal diabetis, kolestrol dan tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormon yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar ‘sterol’ pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potasium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.
Melembutkan rambut dan kuku
Keajaibab mineral silika yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu merangsang pertumbuhan rambut.
Penyegar mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.
Redakan sendi, artritis dan gout
Memandangkan timun merupakan sumber silika yang paling hebat, ia dapat merangsang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan artritis dan gout dengan merendahkan paras asid urik.
Melegakan migrain dan mabuk
Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migrain atau ingin menghilangkan mabuk anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.
Kawal buah pinggang
Timun mampu merendahkan paras asid urik dalam tubuh anda sekali gus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.
Oleh: Noor Joha Ahmad
Foto: Sumber Google