ASAL KIWI ITU BURUNG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Tahukah anda, buah kiwi mendapat nama sempena nama burung. Pada asalnya buah yang isinya berwarna hijau ini namanya ialah beri angsa China  (Chinese gooseberries).  Ia dinamakan kiwi mengambil nama  seekor burung unik berparuh tajam dari New Zealand iaitu burung kiwi.

Selain itu perlu anda tahu bahawa buah ini juga berasal dari New Zealand dan merupakan pengeksport kiwi terbesar dunia.

Buah ini berasal dari China bahagian selatan dan pernah dinobatkan sebagai buah kebangsaan negara itu. Dipercayai juga sebahagian spesis kiwi ada yang berasal dari India , Jepun dan Siberia.

Benih buah ini dibawa ke New Zealand oleh Mary Isabel Fraser, pengetua kolej Wanganui pada tahun 1906.

Ladang komersial pertama buah ini ialah pada tahun 1937 di New Zealand  yang dimiliki Jim MacLoughlin.

Selepas Perang Dunia ke-2, buah ini dinamakan melonette dan kemudian ia ditukar menjadi kiwi pada 1959 dan ia digunakan sehingga sekarang ini. Melontte tidak kekal penggunaan namanya kerana ketika itu sebarang buahan dari keluarga beri dan melon akan dikenakan eksais duti yang tinggi.

Ladang Kiwi

Buah ini kaya dengan vitamin C, pottasium dan serat. Pengeluar kiwi dunia selain New Zealand, ialah negara Itali, Chile dan Greece.

Oleh: Noor Joha Ahmad

Foto: Sumber Google

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan