Kekalkan Kesegaran Potongan Buah

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Rasa manis serta kandungan serat yang tinggi menjadikan buah-buahan sebagai antara pencuci mulut serta snek yang cukup popular dihidangkan sama ada majlis keraian, santaiĀ  mahupun dalam diet seharian.

Bagi penggemar buah-buahan pastinya sering berdepan dengan masalah buah mudah lebam apabila dipotong. Buah bersifat kaya dengan zat besi termasuk epal dan pir umpamanya cenderung bertukar warna keperang-perangan tidak sampai 10 minit selepas dipotong.

Ini kerana isi buah yang terdedah menghasilkan tindak balas antara oksigen dengan zat besi yang terdapat dalam buah. Ia akhirnya menghasilkan oksida feruna yang bertindak menyelaputi bahagian luar, sekali gus menyebabkan warna buah berubah.

Walaupun rasanya tidak terjejas, namun ia sedikit sebanyak mencacatkan hidangan buah dan membuatkan ia kelihatan tidak segar. Usah bimbang, kali ini kami kongsi kan kepada anda langkah untuk mengelakkan buah yang dipotong menjadi berkarat dan tidak cantik.

1. Gunakan pisau tajam

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh pakar pemakanan di Amerika Syarikat, buah epal yang dipotong menggunakan pisau yang bari diasah mampu mengurangkan kadar keperang-perangan buah berbanding pisau yang tumpul.

Pisau yang tumpul menghasilkan geseran yang tidak sempurna dan membuatkan lebih banyak bahagian isi buah terdedah kepada udara. Untuk kesan lebih optimum, sapukan hirisan buah limau nipis, oren ataupun lemon sebelum memotong buah.

2. Air garam

Dengan merendam hirisan buah ke dalam larutan air garam. Rendam hirisan buah ke dalamnya. Biarkan selama lima hingga tujuh minit sebelum ditos kan. Untuk mengelakkan buah terasa masin, seeloknya masukkan hanya secubit garam ke dalam larutan. Pastikan yang digunakan adalah garam halus.

3. Larutan madu

Menggunakan makanan sunah iaitu madu. Masukkan dua sudu madu ke dalam air biasa dan masukkan buah ke dalamnya. Tos dan siapkan untuk di makan. Tentu cara ini paling sesuai dengan selera masyarakat Malaysia kerana menambahkan lagi rasa manis buahĀ  yang direndam.

 

 

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan