Nanas selalu digunakan dalam pembuatan kek. Rasa manis dan masam nanas menjadikan kek anda lebih menarik berbanding kek  biasa. Kebiasaannya penggunaan nanas dalam pembuatan kek  sering dihiasi seperti dalam gambar-gambar yang ditunjukkan. Jarang sekali nanas dikisar dalam adunan kek.

Mengapakan senario begini sering kita lihat dalam dekorasi kek nanas. Alasan pertama, nanas yang bentuknya bulat dalam tin sesuai dijadikan dekorasi kek. Kek jenis ini biasa dikenali sebagai `up-side down cake’ dalam bahasa Inggeris. Ini kerana nanas yang diletakkan pada bahagian bawah doh sewaktu dibakar akan diterbalikkan sewaktu menghidangkannya untuk menampakkan hiasan nanas.

Bentuk bulat yang berlubang pada bahagian tengah nanas dalam tin agak sesuai dijadikan hiasan seperti itu. Selain itu buah nanas juga mempunyai tekstur yang tahan lasak biarpun setelah dibakar. Nanas tidak menjadi lembik dan ia tetap tersusun rapi pada bahagian bawah adunan kek. Warna kuning nanas juga amat sesuai dengan warna kek.

Negara pengeluar buah nanas terbesar dunia ialah Filipina, diikuti dengan Thailand, Costa Rica dan Indonesia. Malaysia jatuh di tangga ke-12 dunia.

Nanas yang kaya dengan magnesum dan vitamin C  berasal dari Amerika Selatan dipercayai ditemui di Brazil dan Paraguay. Columbus  telah menemui pokok nanas pada 1493 dan menamakannya `pina de Indes’ bermaksud `pine of Indians’  dan membawa benih pokok balik ke Eropah.

Perancis telah memperkenalkan pokok nanas ke Hawaii dan Filipina sekitar tahun 1550, kemudian  mula ditanam secara perladangan komersial pada 1886 di Zimbawe dan Guam.

Oleh: Noor Joha Ahmad

Foto: Sumber Google