TEMPURA BUKAN DARI JEPUN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

TEKS : NOOR JOHA AHMAD

Sebut sahaja tempura, semua orang tahu yang ia merupakan makanan popular yang berasal dari Jepun. Tetapi sebenarnya bukan.

Tempura yang sebenarnya merupakan makanan Portugal, peixinhos da horta yang diperkenalkan oleh berbangsa Portugis ke Jepun.

Ia diperkenalkan pada tahun 1549 di Nagasaki dan diperkenalkan kepada mahaguru shogun, Tokugawa Leyasu.
Tokugawa amat menyukai tempura dan ia mula dicuba ramai dan mula dijual di gerai tepi jalan pada era Genroku.
Sehingga kini tempura yang dinamakan peixinhos da horta masih ada di Portugis, tetapi rasa tepungnya agak sedikit liat berbanding tempura Jepun.

Makna perkataan `tempura’ juga sebenarnya merupakan bahasa Portugis, `tempora’. Oleh sebab bunyi perkataan itu boleh disebut masyarakat Jepun, maka ia dikekalkan sebutannya sehingga sekarang ini.

Dalam bahasa Latin `tempora’ bermaksud `jangka waktu’.

Selain itu `tempora’ juga bermaksud teknik celup ikan atau sayuran ke dalam adunan tepung.

FOTO : SUMBER GOOGLE

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan