10 BURGER TERMAHAL DUNIA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn
Richard Nouveau Burger

TEKS : NOOR JOHA AHMAD

Burger Rossinidari

Burger Rossinidari The Burger Bar, Las Vegas, Amerika Syarikat dijual pada harga RM230.00 sebiji adalah resipi cef Hubert. Cef Hubert mempunyai tiga rangkaian restoran burger, iaitu, San Francisco, Saint Louis dan Las Vegas. Ia menggunakan daging lembu Kobe dan bahan sampingan lain seperti cendawan truffles dan sos madiera. Ia tidak menggunakan roti biasa, tetapi roti khas yang dibuat menggunakan campuran bawang. Burger ini dinamakan Rossini sempena mengambil nama komposer Itali Giachino Rossini.

 

Burger 777

Burger 777 dari restoran Le Burger Brassiere, Las Vegas, Amerika Syarikat dijual pada harga RM280.00 menggunakan daging Kobe dan isi lobster dengan bawang goreng serta ditambah dengan cuka balsamik berusia 100 tahun .

 

The Fleurburger 5000

TheFleurburger 5000 , hasil ciptaan resipi Hubert Killer dari restoran Fleur de Lys, Las Vegas dijual pada harga RM320.00 sebiji.  Ia juga menggunakan cendawan termahal dunia, truffles.

 

DB “Royale” Double Truffle Burger

DB “Royale” DoubleTruffle Burger, dari The DB Bistro Moderne, New York dan Daniel Boulud Brasserie, Las Vegas pada harga RM450.00 menggunakan biji popi, parmesan bakar, konfit tomato, campuran akar sayuran, daging rusuk dan cendawan truffles.

 

Tri-Beef Burger

Tri-Beef Burger dari The Old Homestead Steak house, Boca Raton, Florida dijual pada harga RM475.00 menggunakan tiga jenis daging dari Amerika Syarikat, Jepun dan Argentina. Selain itu ia menggunakan sos tomato, Chipolte.

 

X Burger

X Burger dari W Hotel, Seoul, Korea Sleatan dijual pada harga RM610.00 hasil ciptaan cef CiaranHickey. Menggunakan daging Wagyu dari Australia, burger ini menggunakan roti brioche dan cendawan truffles, tomato, hati itik, bawang besar bakar, asparagus, lobster, salsa tomato dan sos truffles.

 

Richard Nouveau Burger

Richard Nouveau Burger , dijual di WallStreet Burger Shoppe, New York pada harga RM665.00 mengambil nama sempena novelis fiksyen juga menggunakan daging Kobe, hati itik, truffles, cendawan liar dan kepingan daun bersalut emas. Roti yang digunakan ialah jenis brioche dari Itali.

 

Le Burger Extravagant

Le Burger Extravagant, dari Serendipity 3, New York selain menghasilkan burger mahal , ia juga menjual hotdog dan aiskrim putar yang mahal. Daging burger Wagyu menggunakan10 herba terpilih, mentega cendawan truffles dan garam laut salai. Selain itu ia dicampur dengan telur puyuh, kaviar dan krim fraiche. Harga sebiji burger dijual dengan harga RM1,121.00!

 

Douche Burger

Douche Burger, dengan harga RM2500.00 sebiji, ia merupakan burger paling mahal. Dicipta oleh FranzAliquo , dari New York, Amerika Syarikat ia menggunakan daging Kobe yang disalut dengan kepingan daun bersalut emas, ditambah dengan hati itik, kaviar, lobster, trulffles, keju Gruvere dan sos kopi luwak BBQ dan sos garam batu Himalaya.

FOTO : SUMBER GOOGLE

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan