Bahan-bahan:

200 gm sayur buncis (potong)

2 biji telur ayam

3 ulas bawang merah (hiris)

2 ulas bawang putih (hiris)

1 biji cili merah (hiris)

Sedikit serbuk lada hitam

Garam secukup rasa

Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

  1. Telur dipukul dan bubuh sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  2. Goreng telur sehingga garing dan diketepikan.
  3. Tumis bawang merah, putih dan cili merah sehingga wangi.
  4. Masukkan kacang buncis dan gaul rata.
  5. Masukkan pula telur tadi dan goreng bersama kacang buncis sehingga sempurna.

Resepi: Nazura Zainal Abidin