Orang kita cukup suka makan mayonis. Kalau di gerai menjual burger sekarang ini, mayonis merupakan salah satu bahan penting dalam penyediaan burger. Tapi tidak ramai yang tahu apakah bahan utama untuk membuat mayonis, apatah lagi cara membuatnya. Mayonis merupakan krim berwarna putih, yang mengandung dua komponen penting dalam pembuatannya, iaitu telur dan minyak.
Bahan sampingan makanan ini mula diperkenalkan di Sepanyol dan kemudian dipopularkan di Perancis sekitar tahun 1700-an sehinggalah kini mayonis pular di seluruh dunia. Mayonis boleh dibuat sendiri di rumah, caranya agak mudah dan ia tidak perlu dimasak. Jom kita pelajari beberapa jenis mayonis yang boleh dipelbagaikan cara pembuatannya.
MAYONIS 1
BAHAN
½ sudu besar jus lemon
1 biji telur
1 ½ minyak jagung
1 sudu kecil madu
Secubit garam
CARA
- Satukan kesemua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga bahan likat.
- Kemudian tuangkan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk.
- Selepas satu jam, mayonis boleh dihidangkan.
MAYONIS 2
BAHAN
3 biji kuning telur
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
1 ½ cawan minyak jagung
1 sudu besar perahan lemon
¼ sudu kecil serbuk mustard
CARA
- Dalam pengisar, satukan kuning telur, gula, garam dan mustard. Pukul sederhana laju.
- Tuangkan secawan minyak dan kisar lagi.
- Kemudian tuangkan lebihan minyak dan kisar lagi sehingga adunan likat. Ia boleh tahan selama 2 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk.
MAYONIS 3
BAHAN
1 cawan minyak jagung
1 biji kuning telur
1 biji putih telur
½ sudu kecil gula
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk paprika
3 sudu besar jus lemon
CARA
- Satukan kuning telur, jus lemon, garam dan gula serta satu sudu minyak jagung. Pukul sebati.
- Kemudian tuangkan minyak sedikit demi sedikit, diikuti putih telur dan serbuk paprika. Kacau sehingga likat.