Bahan-bahan:

300 gm ikan bilis (dibersihkan)

2 sudu besar cili kering yang telah dikisar

2 batang serai (hiris halus)

3 ulas bawang merah (tumbuk halus)

2 ulas bawang putih (tumbuk halus)

Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

  1. Ikan bilis digoreng bersama serai sehingga garing.
  2. Setelah ikan bilis garing diangkat dan ditoskan minyaknya
  3. Tumis bahan tumbuk dan cili kering kisar sehingga wangi.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Apabila cili sudah sempurna masak, masukkan ikan bilis tadi dan gaul rata.

Resepi: Nazura Zainal Abidin