Bahan-bahan:

½ kg ikan selar (bersihkan)

5 ulas bawang merah (tumbuk)

3 ulas bawang putih (tumbuk)

1 cm halia (tumbuk)

3 biji cili merah (tumbuk)

Sedikit cili padi

Asam keping

Sayur bendi

Sedikit serbuk kunyit

Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Masukkan air, asam keping dan bahan tumbuk ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga kuah mendidih.
  3. Masukkan ikan selar, sedikit serbuk kunyit dan bubuh garam secukup rasa.
  4. Apabila ikan selar sudah masak, masukkan sayur bendi, cili padi dan tutup apinya agar sayur tidak terlalu layu.