BAHAN

500 gm  tepung

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil yis

½ sudu kecil gula

1 sudu kecil garam

1 biji telur

1 sudu besar udang kering – kisar

500 ml   air

1 ½ labu bawang besar – cincang kasar

3 tangkai cili merah – cincang kasar

5 tangkai daun kucai / daun sup – potong pendek

30 gm    tauge

1 biji kentang – parut kasar

½ batang lobak merah – parut kasar

300 gm  udang putih kecil- buang kepala & kulit

1. Campurkan tepung, telur, serbuk penaik, yis dan gula.Masukkan air – gaul sebati
2. Masukkan campuran udang kering dan garam – gaul hingga sebati.
3. Masukkan bawang, cili, kucai, tauge, kentang, lobak dan udang. Kacau hingga sebati.
4. Perap adunan selama 30 minit.
5. Jemput kan dengan tangan, goreng adunan hingga garing – angkat. Hidangkan dengan sos cili.

 

RESIPI : CEF AMER HAMZAH