DAGING MASAK PHAT PHET

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan tumbuk

4 ulas bawang putih

3 cm halia

3 cm  lengkuas

3 cm  kunyit hidup

4 batang serai – hiris nipis

1/2 sudu besar lada hitam

10 tangkai cili padi

2 tangkai cili merah

3 cm  belacan

 

Bahan B

1/2 kilogram daging lembu

Garam dan gula secukup rasa

1/2 cawan air asam jawa

2 helai daun limau purut

3 tangkai kacang panjang

Minyak untuk menumis

 

Cara

  1. Tumbuk semua bahan A sehingga hancur dan halus. Boleh juga gunakan mesin pengisar.
  2. Tumis bahan yang ditumbuk tadi, kacau seketika sampai naik bau dan garing sedikit.
  3. Masukkan daging dan kacau hingga sebati dan daging separuh masak.
  4. Seterusnya masukkan kacang panjang sambil dikacau lagi.
  5. Akhir sekali masukkan air asan jawa,garam,gula dan daun limau purut. Tambah air lagi jika inginkan lebih kuah.
  6. Renehkan hingga masak dan bolehlah matikan api dapur.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan