Bahan
500 gm udang
5 biji cili besar
1 batang serai
3 tangkai daun kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar cili kisar
Garam secukup rasa
1 cawan santan sederhana pekat
1 sudu kecil serbuk kunyit
10 biji belimbing buluh
Bahan Tumbuk
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm  halia
Cara
- Ambil bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia dan ditumbuk hingga halus.
- Hiris halus serai. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan ditumbuk halus hingga wangi.
- Masukkan serai, daun kari, cili kisar dan serbuk ketumbar (yang dibancuh dengan setengah cawan air). Tumis hingga berbau wangi.
- Masukkan santan dan biar mendidih. Kemudian masukkan udang, belimbing buluh dan cili besar.
- Biar mereneh selama lima minit dengan api sederhana besar dan perasakan dengan garam dan gula.