ISTIMEWANYA IKAN MERAH
- Ikan merah antara ikan gred A yang menerima permintaan tertinggi di pasaran.
- Mampu hidup di laut dalam kerana mempunyai insang yang dapat menahan tekanan tinggi.
- Sisik ikan merah antara sumber kolagen terbaik dan paling mahal di dunia.
- Ikan merah boleh membesar sehingga 40 inci dan seberat 50 paun.
- Ikan merah yang berwarna merah tua, akan menghasilkan banyak telur ikan berbanding ikan merah muda.
- Ikan Merah mengandungi vitamin A, kalium, selenium dan omega 3 yang dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan penyumbatan saluran jantung.
- Jangka hayat ikan merah boleh mencecah sehingga usia 50 tahun.
- Ikan merah akan membiak ketika berusia 2 tahun dan akan bertelur dikawasan terumbu karang atau tebing berbatu.
- Ikan merah antara ikan yang mempunyai deria pendengaran yang sensitif.
- Jika membuat sup ikan merah, tidak perlu direneh terlalu lama. Cukup sekadar 5 minit sahaja. Jika terlalu lama, isi ikan tidak lagi lembut.