Aroma Ikan Bakar Terangkat

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Siapa suka ikan bakar? angkat tangan cepat! Area Bandar Baru Bangi pasti tak susah untuk mencari kedai ikan bakar, tetapi hendak jumpa yang sedap dan kena dengan selera itu susah sedikit.

Kebanyakkan kedai hanya menjual ikan bakar, tetapi rasanya tidak seperti yang diharapkan. Tapi kali ini, SAJI ingin kongsikan keenakan kedai Ikan Bakar Terangkat yang penuh aroma itu.

Kedai yang terletak di Sungai Merab Luar, Bangi ini menyediakan ikan bakar yang sangat sedap. Rempah perapan ikan bakar itu betul-betul rasa. Tambah pula dimakan bersama sambal kicap yang dibuat dengan ramuan istimewa, memang terangkat!

Kedai yang diusahakan oleh Mohd Nazrin Nasir ini juga istimewa kerana pelanggan boleh memilih sendiri ikan yang berkenan juga segar sebelum dibakar. Justeru, ianya akan memberi kelegaan kepada pelanggan kerana tidak perlu gusar lagi tentang harga kerana telah diberitahu sebelum ikan tersebut dibakar.

Nazrin (tengah) bersama kawan-kawan seperjuangan dalam perniagaan

Selain itu, kedai itu turut menyajikan hidangan istimewa seperti Shellout Platter yang berharga RM35 ringgit sahaja tetapi boleh dimakan seramai 2 atau 3 orang.

Selain itu, Nazrin turut membantu memudahkan kerja seharian kita dengan menjual pes ikan bakar. Pes ini lain sedikit dengan apa yang kita pernah temui di kedai lain, kerana kegunaan pes ini sangat luar biasa. Bukan sahaja untuk membakar ikan, tetapi pes ini mempunyai pelbagai kegunaan seperti masak rendang, ayam/daging masak hitam, shellout, ayam masak merah dan sebagainya, ia memang memudahkan kerja si isteri!

Pes yang sangat murah dengan harga antara RM10-20 sahaja

 

Rendang yang dimasak menggunakan pes ikan bakar terangkat

Jadi apa tunggu lagi. Ayuh kita serbu restoran NF Ikan Bakar Terangkat. Dah cuba tu bolehlah bagi review kat SAJI, Terangkat ke Idok!

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan