BAHAN A :
200 ml santan pekat
125 ml air
2 biji telur – gred A
3 biji pisang emas ranum (saiz sederhana)
80 gm gula pasir
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar minyak masak
1 sudu sudu kecil esen pisang
Secubit garam
1/2 sudu kecil pewarna kuning
BAHAN B
1 cawan tepung gandum
Bijan untuk taburan
CARA :
- Kisar semua bahan A hingga sebati.
- Tuang ke dalam mangkuk besar dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau agar tidak berketul.
- Sediakan loyang dan sapukan dengan minyak masak lalu dipanaskan sebentar.
- Keluarkan loyang tersebut dan tuang adunan kedalamnya serta taburkan bijan secukupnya. Bakar di dalam ketuhar selama satu jam atau hingga keperangan dengan suhu 160C hingga 170C.
- Setelah masak, biarkan sebentar di dalam ketuhar selama 10 minit. Selepas itu bolehlah dikeluarkan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.