BAHAN :

2 cawan tepung gandum

8 biji pisang emas – saiz sederhana

3/4 cawan minyak masak

4 biji telur

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

3/4 cawan gula pasir

Secubit garam

 

CARA :

 

  1. Ayak tepung gandum dengan serbuk penaik dan ketepikan.
  2. Pisang dilecek halus dan gaul dengan soda bikarbonat dan garam.
  3. Pukul telur bersama gula, masukkan minyak masak, pisang lecek dan gaul rata.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul lagi hingga sebati dan tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan minyak. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

 

PESAN SAJI: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.