BINGKA KELEDEK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Saiz loyang : 7 x 7 x 3 inci

 

BAHAN A :

4 biji telur

3 cawan santan

2 cawan tepung gandum

1 cawan gula

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil esen vanila

2 sudu besar mentega

 

BAHAN B

2 cawan keledek (rebus dan lecek) – asingkan 1/2 cawan keledek yang dipotong kiub.

 

CARA :

 

  1. Satukan semua bahan A di dalam mangkuk besar dan kacau dengan pemukul hingga semua bahan sebati dan tidak berketul.
  2. Tapis adunan dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata. Masukkan juga keledek yang diasingkan tadi (dipotong kiub) – untuk corak kuih bakar yang lebih menarik.
  3. Panaskan loyang di dalam ketuhar dan sapu sedikit minyak atau mentega.
  4. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disiapkan tadi. Bakar selama satu jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.

 

  1. Keluarkan dari ketuhar setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan