Sengkuang Cina atau arrowhead, boleh di katakan ubi setahun sekali kerana ia dijual secara bermusim terutama tibanya perayaan Tahun Baru Cina. Masyarakat Cina suka membuat kerepek sengkuang Cina kerana rasanya yang enak. Sengkuang Cina hidup subur dan banyak ditanam di China, Jepun, India dan Filipina. Di pasaran harga sengkuang Cina, sekitar RM4.50 untuk satu kilogram.

Sengkuang Cina merupakan sejenis sayuran berkulit coklat dan ia adalah dalam kategori ubi. Ia tumbuh meliar di kawasan paya. Di China, sengkuang ini dikisar menjadi tepung untuk membuat kek sengkuang Cina dan sangat popular.

Sengkuang Cina yang telah dibuang kulit. Ingat..! Tunjangnya jangan dibuang agar mudah proses memarut.

Bagi mereka yang suka makan kudap-kudapan, apa kata sesekali kita cuba kerepek sengkuang Cina kerana ia mempunyai banyak khasiat. Caranya cukup mudah,  buang kulitnya, kemudian dihiris nipis. Rendam di dalam air yang bercampur garam dan tuskan. Goreng sehingga kekuningan. Rasa kerepeknya? Ya Ampun…! sedap… rasanya lemak-lemak dan sudah semestinya crispy.

Kerepek Sengkuang Cina yang enak.

KHASIAT SENGKUANG CINA

  1. Sengkuang cina atau nama saintifiknya Pachyrhizus erosus (L) urban mampu menyembuhkan penyakit bronkitis, yang mana penyakit ini menyerang saluran udara di bahagian kerongkong.
  2. Ubi ini kurang lemak tetapi kaya dengan fiber dan vitamin B.
  3. Ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan meredakan selsema serta batuk.
  4. Minum air rebusannya untuk meredakan demam. Ia berkesan kerana rasanya yang manis dan sifatnya yang menyejukkan.
  5. Air rebusan sengkuang Cina, juga boleh mengubati bayi yang terkena jaundis.
  6. Kisar tiga biji sengkuang Cina bersama sebatang lobak putih, madu dan secawan air untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi terutamanya batu karang.
  7. Amalkan minum air rebusan sengkuang Cina untuk menghilangkan rasa loya dan menyahkan toksik dari badan.
  8. Serbuk sengkuang Cina boleh mengubati keradangan dan mengubati demam campak dengan cara, bancuh sedikit serbuk lalu sapukan pada badan.
  9. Masyarakat orang Asli, menggunakan sengkuang Cina untuk penyembuhan luka. Ini kerana di dalam sengkuang Cina terdapat sebatian antibiotik yang dipanggil ‘puchin’ yang berfungsi seperti penisilin untuk merawat jangkitan pada tubuh badan.

 Kredit Foto Sengkuang: Salamisimon1@blogspot.com