Ancasa Royale Pekan Tenang & Mendamaikan

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

LOKASI yang strategik dengan persekitaran yang tenang dan menghadap Sungai Pahang yang luas menjadikan Hotel Ancasa Royale yang terletak di Pekan, Pahang sebuah penginapan yang indah. Bagi pelancong ataupun sesiapa sahaja yang ingin menjauhkan diri dari hiruk-pikuk bandar, Hotel Ancasa Royale Pekan menyediakan persekitaran yang aman dan ketenangan sepanjang penginapan.

Hotel bertaraf 4 bintang ini mempunyai 133 bilik dan suite, termasuk 125 buah bilik deluxe premier, 2 bilik jenis family suite, 4 unit junior suite, seunit executive suite dan seunit premier suite.

Hotel ini ibarat rumah yang lengkap dan selesa dengan setiap gaya hidup dan keperluan perniagaan. Sama ada untuk hiburan tambahan, keperluan perniagaan atau peribadi, ia adalah milik anda. Semua dalam tempat tinggal yang luas, sesuai untuk hidup dalam keselesaan.

Di bilik penginapan yang elegan ini, anda bersantai dalam keselesaan mewah sambil menikmati pemandangan indah dengan perabot yang cantik. Antara kemudahan yang disediakan di setiap bilik masing-masing termasuk penghawa dingin, televisyen LCD, WIFI kelajuan tinggi, kotak keselamatan,  kopi dan teh serta kemudahan telefon IDD di semua bilik.

Bagi anda yang ingin menjamu selera anda mempunyai pilihan di Saffron Brasserie, Asian Fusion, Lobby Lounge dan S2dio Sports Cafe. Selain itu, Hotel Ancasa Pekan juga mempunyai bilik mesyuarat dan kemudahan bankuet. Dilengkapi dengan pelbagai fungsi, hotel ini memiliki Royale Ballroom yang boleh menampung mesyuarat besar atau majlis perkahwinan.

Selain itu, terdapat juga lima fungsi bilik lain yang lebih kecil dengan kapasiti tempat duduk sehingga 120 orang, dilengkapi dengan sistem audio dan kemudahan mesyuarat.

Jika anda merancang untuk berbulan madu di pinggir bandar dengan romantik ataupun yang sudah berkeluarga inginkan percutian hujung minggu inilah lokasinya.  Anda boleh membuat tempahan untuk menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan dengan membuat tempahan di talian 09 4246600 ataupun di www.ancasahotels.com.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan