Saiz loyang : 7 x 7 x 3 inci
BAHAN A :
4 biji telur
3 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar mentega
BAHAN B
2 cawan keledek (rebus dan lecek) – asingkan 1/2 cawan keledek yang dipotong kiub.
CARA :
- Satukan semua bahan A di dalam mangkuk besar dan kacau dengan pemukul hingga semua bahan sebati dan tidak berketul.
- Tapis adunan dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata. Masukkan juga keledek yang diasingkan tadi (dipotong kiub) – untuk corak kuih bakar yang lebih menarik.
- Panaskan loyang di dalam ketuhar dan sapu sedikit minyak atau mentega.
- Tuang adunan kedalam loyang yang telah disiapkan tadi. Bakar selama satu jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
- Keluarkan dari ketuhar setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.