BAHAN:

Tortila wrap secukupnya

Daging ayam dihiris nipis

Bawang merah hiris

Kubis disagat halus

Daun salad dihiris

Hirisan tomato

Jagung dalam tin

Sos cili

Mayonis

 

CARA:

  1. Daging ayam dihiris nipis, campurkan lada hitam, sos tiram dan sedikit garam. Perap sekejap. Taburkan sedikit tepung gandum. Kemudian goreng angkat.
  2. Sediakan tortila susun daun salad, kubis, hirisan tomato, jagung dan sayuran lain jika suka.
  3. Letakkan ayam dan susunkan bawang besar. Tambahkan mayonis dan sos cili. Gulung kemas, potong dua dan sedia dihidangkan.

 

RESIPI: NORZILA SAIM