BAHAN:

2 cawan kulat sisir- cuci dan tos kan

3 ulas bawang putih-hiris

1 biji telur

3 ulas bawang merah-hiris

1 sudu kecil garam

½ sudu besar gula

1 tangkai cili merah

1 tangkai cili hijau

3 sudu besar minyak masak

 

CARA:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
  2. Masukkan garam dan gula. Kacau rata.
  3. Masukkan telur dan kacau cepat supaya telur hancur.
  4. Akhir sekali, masukkan kulat sisir dan cili. Kacau rata.
  5. Hidang bersama nasi putih dan lauk lain.

 

RESIPI: RUZITA KITCHEN