DESSERT BY YANA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Siapa suka pemanis mulut? boleh cuba resepi pemanis mulut dari anak muda ini. Sedap tidak terkata walaupun nampak biasa-biasa. Boleh dibuat minum petang atau pembasuh mulut ketika makan bersama keluarga. Jom cuba!

Pemilik resepi. Tiada rahsia tiada yang disembunyikan, semuanya macam yng dibuat.

CHEWY GOOEY BROWNIES

Bahan-bahan:

110 gm tepung gandum

35 gm serbuk koko

2 sudu besar tepung penaik

200 gm coklat gelap

180 gm mentega

300 gm gula perang

3 biji telur (dipukul sedikit)

1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175c selama 15 minit.
  2. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan tepung penaik bersama-sama. Ketepikan.
  3. Satukan mentega dan coklat gelap ke dalam periuk. Cairkan menggunakan api perlahan.
  4. Masukkan gula dan gaul sehingga gula larut. Tutup api dan masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Kacau sebati seterusnya masukkan esen vanila.
  5. Campurkan adunan ke dalam bekas berisi tepung yang telah diayak tadi. Gaul sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar dalam ketuhar selama 50 minit.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

 

CHEESE TART

Bahan untuk shell (kulit tart):

500 gm tepung gandum

10 gm susu tepung

250 gm mentega

100 gm gula ising

1 biji kuning telur

1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya:

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila.
  3. Diikuti dengan tepung gandum dan susu tepung. Sebatikan adunan.
  4. Bentukkan adunan menggunakan acuan tart.
  5. Sedia dibakar pada suhu 175c selama 20 minit.

Bahan inti keju:

500 gm krim keju

100 gm gula ising

30 gm mentega

3 sudu besar telur

1 sudu besarkrim putar

Cara-caranya:

  1. Putarkan krim keju, gula ising dan mentega sehingga sebati.
  2. Masukan telur sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu cair.
  3. Jika adunan masih kental, masukkan krim putar dan putar sebati sehingga adunan menjadi lembut.

Cara membuat cheese tart:

  1. Susunkan kulit tart dan letakkan filling yang disukai di tengah. (blueberry/coklat/strawberi dan lain-lain).
  2. Masukkan krim cheese ke dalam piping bag dan gunting hujung sama besar dengan lubang tart.
  3. Picitkan cream cheese secara menegak dan menggunung. Nak lagi buncit picit lagi tinggi.
  4. Bakar selama 10 minit dengan kepanasan bawah 160c.

Untuk hiasan:

  1. Ambil sedikit krim cheese dan campurkan dengan pewarna.
  2. Lukis mengikut kreativiti dan corak yang disukai.
  3. Boleh dibakar semula selama 2-3 minit untuk nampak lebih kemas.

PESAN SAJI*Tambahkan satu sudu air sejuk dalam adunan shell tart agar ianya kekal ranggup.

KEK MENTEGA

Bahan-bahan:

250 gm mentega

250 gm tepung kek

180 gm gula kastor

4 biji telur

½ cawan susu segar

1 sudu kecil butter oil

1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya:

  1. Satukan mentega dan gula kastor dan pukul sehingga kembang
  2. Masukkan telur satu per satu bersama esen vanilla dan butter oil.
  3. Diikuti susu yang di selang selikan dengan tepung. Gaul sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas pembakar dan bakar pada suhu 170°C selama 40 minit.

 

CHOCOLATE SWIRL SLICE

Bahan-bahan untuk lapisan bawah:

1 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung kastad

¼ cawan gula aising

125gm mentega

Cara-caranya:

  1. Satukan kesemua bahan sehingga sebati dan tuangkan ke dalam loyang yang telah dialas dengak kertas pembakar.
  2. Bakar pada suhu 175°C selama 15 minit.

 

Bahan untuk lapisan atas:

250gm krim keju

¼ cawan sour cream

2 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

¼ cawan gula kastor

Cara-caranya:

  1. Satukan krim keju, sour cream dan gula kastor himgga lembut dan gebu.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla, putarkan sekejap.
  3. Tuangkan ke atas lapisan bawah yangg telah dibakar tadi.

Hiasan:

  1. Cairkan 100 gm coklat kompaun secara double boil, sudukan sedikit ke atas lapisan cheese dan lorek mengikut kegemaran anda
  2. Bakar sekali lagi pada suhu yang sama selama 35 minit.

 

PANNA COTA

Bahan-bahan:

4 cawan krim putar

½ cawan gula halus

2 sudu teh esen vanilla

2 paket serbuk gelatin

6 sudu besar air sejuk

Sedikit perahan jus lemon

Cara-caranya:

  1. Campurkan serbuk gelatine ke dalam air sejuk dan ketepikan selama 5 minit.
  2. Panaskan krim putar bersama gula dan esen vanilla sehingga gula larut.
  3. Masukkan gelatine ke dalam adunan krim putar dan gaul sehingga larut sepenuhnya.
  4. Perasakan dengan sedikit jus lemon.
  5. Simpan di dalam peti sejuk supaya krim set dengan sempurna

 

Raspberry sauce

Bahan-bahan:

200g raspberi segar

½ cawan gula halus

½ cawan air

1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)

Cara-caranya:

  1. Bersihkan buah raspberi dan potong kecil. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama gula dan air.
  2. Masak buah raspberi sehingga hancur menggunakan api perlahan dan masukkan tepung jagung yang telah di bancuh untuk mendapatkan sos yang pekat.

Terima kasih NURLIYANA AHMAD MAZLAN / FB (YANA MAZLAN)

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan