KEK CAWAN VANILLA

BAHAN:

250 gm mentega

250 gm gula

4 biji telur

240 gm tepung gandum

2 sudu kecil serbuk penaik

100 ml susu segar

2 sudu kecil esen vanila

CARA:

  1. Pukul mentega, gula dan esen vanila sehingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan telur persatu. Pukul lagi hingga kembang.
  3. Selepas itu, masukkan susu dan akhir sekali masukkan tepung. Gaul hingga sebati.
  4. Paipkan adunan ke dalam bekas mangkuk cawan.
  5. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit. Bakar kek cawan selama 25 minit pada suhu 170⁰C.
  6. Setelah masak, keluarkan dan ketepikan.

 

BAHAN BUTTERCREAM

4 biji putih telur

100 gm gula

300 gm mentega

1 sudu kecil esen vanila

CARA:

  1. Satukan putih telur dan gula di dalam bekas dan panaskan menggunakan kaedah double boil.
  2. Kemudian pukul adunan telur tadi sehingga kembang dan masukkan mentega. Pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
  4. Selepas itu, masukkan ke dalam beg paip dan paipkan ke atas kek cawan yang telah siap.