BAHAN:
250 gm daging
2 sudu besar pes tomyam
Beberapa tangkai cili api diketuk-ketuk – secukupnya
2 labu bawang besar – dibelah lapan dan diceraikan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili Thai
Daun bawang – secukupnya
CARA:
- Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu pes tomyam selama setengah jam. Kemudian tumis 1 labu bawang besar yang telah dikerat 8.
- Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hirisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
- Masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun bawang,kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar,masak seketika dan tutup api.
RESIPI: NORZILA SAIM