UNIK & SEMPOI AJE.. MAT PERIUK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nak makan di mana hari ini? Jika anda berada di sekitar Ipoh, kami nak cadangkan anda sekeluarga menjamu selera di Mat Periuk.  Sebuah kafe hipster yang terletak  di Kg.Tersusun Tasek, hanya 15 minit perjalanan dari bandaraya Ipoh.

Cef Dr.Kamarul Hasni Che Rose

Mat Periuk dilhamkan dari cetusan idea, cef selebriti Dr.Kamarul Hasni Che Rose yang gemarkan sesuatu yang unik. Apa yang istimewanya Mat Periuk ini? Sudah pastilah hidangan dan lakaran seninya yang unik. Di sini kreativiti anak muda tempatan dihargai sekaligus memberi peluang pekerjaan buat mereka.

Menurut Cef Kamarul, elemen seni cukup dekat dengan dirinya. Bakat seni yang diwarisi dari arwah ayahnya, seorang guru pendidikan seni dan seorang pelukis mengalir dalam tubuh insan berbakat ini. Malah, kebolehannya memasak pula diwarisi dari arwah ibunya, seorang pengusaha katerer berjaya di Ipoh suatu ketika dahulu.

Cef Kamarul berkata, bangunan Mat Periuk ini merupakan tapak niaga arwah ibunya. Semenjak ibunya meninggal, perniagaan katering terpaksa dihentikan. Sejak itulah, Cef Kamarul terlintas idea membuka Mat Periuk dengan dibantu oleh adiknya Rafizatul Fairos Che Rose, dan suaminya, Mohd Rani Arriffin yang merupakan orang kuat dan tulang belakang di sebalik kejayaan kafe ini sehingga ke hari ini.

Rafizatul Fairos Che Rose, dan suaminya, Mohd Rani Arriffin (bermisai) bersama staf Mat Periuk

Kalau bercerita tentang hiasan kafe pula, memang sempoi..! Cef Kamarul memilih deko santai yang dekat dengan jiwanya. Kebanyakan barangan yang terdapat di dalam kafe ini adalah koleksi peribadi Cef Kamarul dan keluarganya serta barangan terpakai yang dibaik pulih oleh adik iparnya Mohd Rani atau lebih mesra dipanggil Nik.

Nasi Goreng Atok antara signatur yang digemari pelanggan.

Mat Periuk menyajikan hidangan Melayu dan Barat, menawarkan lebih dari 50 menu ala carte dengan kadar harga serendah RM5.90 hingga RM19.90. Menurut Cef Kamarul antara hidangan singatur di Mat Periuk ialah Nasi Goreng Atok (RM7.90), Char Kuey Teow Ipoh (RM5.90), Spageti Aglio Olio (RM10.90), Grilled Chicken Chop (RM12.90), Bandung Cinta Sayang (RM4.90) dan Air Kahwin Campur (RM6.50). Rasa dan hidangan memang terbaikk…!!  Terpulanglah kepada pelanggan memilih mengikut citarasa mereka yang pastinya pelanggan pasti berpuas hati dan harganya sangat-sangat berbaloi.

Cheeze Meatball
Grilled Chicken Chop
Bandung Cinta Sayang
Kek Keju Oreo
Wantan Ayam

Faktor kebersihan merupakan pegangan utama Mat Periuk dalam menyajikan hidangan yang berkualiti. Ujar Cef Kamarul, mereka hanya menggunakan bahan-bahan segar, tidak kira bahan basah mahu pun kering, demi kepuasan pelanggan. Makanya tidak hairanlah, Mat Periuk sentiasa mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan orang Ipoh bahkan turut dikunjungi pelanggan dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Busker As Salam menghiburkan tetamu yang sedang menjamu selera.

Kafe ini beroperasi setiap hari dari pukul 4.00 petang hingga pukul 12.00 malam. Istimewanya pada setiap hujung minggu, bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad ada persembahan ‘busking’  menghiburkan tetamu. Sekiranya anda berada di luar Ipoh, seeloknya buatlah tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi Nik di talian 017-5725579.

“Jangan lupa singgah di Mat Periuk dan rasai airtangan anak kelahiran Ipoh ini dan saya percaya, anda akan menyukainya,” kata Cef Kamarul yang kini menetap di Gold Coast, Australia yang turut menguruskan sebuah lagi kafe kepunyaannya di sana.

Mat Periuk Cafe

40 Hala Tasek Timur 11

Kg.Tersusun Tasek,

31400, Ipoh Perak.

FB : Mat Periuk Cafe

IG : @matperiukcafe

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan