STIU DAGING

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A ( gaul )

500 gm daging – potong kiub

1 sudu makan rempah sup

1 sudu makan lada hitam

 

BAHAN HIRIS

3 cm halia

3 ulas bawang putih

2 helai daun bay

1 labu bawang besar holland

 

BAHAN C

4 biji kentang – potong dadu

1 batang lobak merah – potong dadu

1 batang saderi – potong pendek

4 biji tomato – potong dadu

1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air

2 sudu besar minyak masak

Air secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

 

 

CARA :

 

  1. Panaskan minyak, tumis semua bahan A hingga daging keperangan dan angkat serta ketepikan daging seketika.
  2. Tumis halia, bawang putih, bawang holland dan daun bay hingga berbau wangi.
  3. Masukkan daging yang digoreng tadi, kentang, lobak merah, batang saderi, tomato dan air. Masak sehingga semuanya lembut.
  4. Masukkan pula bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih dan pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan gula dan sedia untuk dihidangkan.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan