SUP TEMBIKAI MUDA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

500 gm tembikai muda – putik

3 ulas bawang merah

Sedikit udang dan ikan bilis

2 ulas bawang putih

1 tangkai cili merah

1 kiub ikan bilis

1 sudu besar lada hitam – tumbuk kasar

4 cawan air

2 sudu besar minyak

 

CARA :

 

  1. Kupas kulit tembikai dan potong dalam bentuk kiub, ketepikan.
  2. Tuang minyak kedalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih, lada hitam, cili merah, udang dan ikan bilis. Kacau rata hingga naik bau.
  3. Masukkan air ke dalam periuk beserta kiub ikan bilis. Kacau sebentar.
  4. Masukkan pula isi tembikai kedalam kuah sup tadi dan renehkan hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan sedia untuk dihidangkan.

 

 

 

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan