TUMIS KACANG PANJANG TELUR MASIN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

300 gm kacang panjang

1 sudu besar sambal belacan – atau tumbuk 1 tangkai cili merah dengan 1 sudu kecil belacan

1 sudu kecil gula

1/2 sudu kecil lada sulah

1/4 cawan air

5 ekor udang saiz sederhana

1 biji telur masin – direbus dan belah dua (1 bahagian dicincang dan satu bahagian lagi dipotong baji)

 

BAHAN TUMIS

2 sudu besar minyak masak

2 ulas bawang putih – hiris

3 ulas bawang merah – hiris

1/2 tangkai cili besar – hiris

 

BAHAN SOS

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap manis

1/2 sudu besar sos sotong

 

CARA :

 

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili besar hingga harum dan keperangan.
  2. Masukkan pula kacang panjang dan dan udang sambil di kacau dan masukkan juga air. Masak sehingga kacang lembut sedikit.
  3. Seterusnya masukkan bahan sos, lada sulah dan gula sambil di kacau. Jika kuah agak pekat, bolehlah dimasukkan sedikit air lagi. Masukkan juga satu sudu besar sambal belacan.
  4. Masukkan pula sebahagian telur masin yang di hancurkan dan kacau rata serta matikan api dapur.
  5. Hidangkan sayur yang telah masak dengan menabur sebahagian lagi telur masin yang dipotong.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan