TUMIS PERIA & IKAN MASIN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

Sebiji buah peria – hiris nipis.

2 ulas bawang putih

1 tangkai cili merah

1 biji telur

50 gm ikan masin – talang

1/2 cawan air

1 kiub ikan bilis/ayam

Garam secukup rasa (jangan letak jika ikan sudah terasa masin)

 

CARA :

 

  1. Isi ikan masin dipotong kiub dan rendam dengan air untuk menghilangkan rasa masin, manakala peria dihiris nipis dan rendamkan dengan air garam sambil diramas dan toskan untuk menghilangkan rasa pahit.
  2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak, goreng ikan masin hingga berbau wangi.
  3. Masukkan pula cili merah dan bawang putih sambil dikacau rata, dan campurkan dengan peria yang dipotong tadi. Pecahkan telur ke dalam sayur sambil dikacau.
  4. Masukkan air dan perasakan dengan kiub ikan bilis. Bila sayur telah masak bolehlah dimatikan api dan hidangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan