TUMIS ASPARAGUS DENGAN TOFU TELUR

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

200gm asparagus – dipotong sepanjang 1 inci

 

BAHAN SOS

1 sudu besar sos ikan

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram

1/2 kiub ayam dilarutkan dengan 1/2 cawan air

1/2 sudu kecil minyak bijan

 

BAHAN TUMIS

2 ulas bawang putih – cincang

3 cm  halia – cincang

1 tangkai cili merah – hiris nipis

1/2 biji lada benggala hijau/kuning – hiris kepada kepingan saiz yang sama

 

Bahan D (disalut dengan tepung jagung dan goreng)

50 gm isi ayam – potong nipis

1 kiub tofu telur – potong sepanjang 3 cm

Tepung jagung secukupnya

 

 

CARA :

 

  1. Campurkan semua bahan B di dalam sebuah mangkuk dan ketepikan seketika.
  2. Sementara itu golekkan isi ayam dan tofu telur di dalam tepung jagung dan goreng sebentar. Angkat dan ketepikan seketika.
  3. Di dalam kuali lain masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan juga bahan-bahan C yang lain.
  4. Masukkan pula asparagus dan bahan (B) sos serta kacau rata. Bila sudah sebati dan asparagus lembut sedikit masukkan tofu telur dan isi ayam yang telah digoreng tadi.
  5. Pekatkan kuah dengan memasukkan satu sudu besar tepung jagung yang dilarutkan dengan 1/4 cawan air sambil di kacau seketika.
  6. Bila sayur telah masak bolehlah dihidangkan segera dengan nasi panas.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan