Skip to content
Copyright Saji Online 2026
Theme by ThemeinProgress
Proudly powered by WordPress

HOT

  • BUBUR LAMBUK
  • LENGAT PISANG EMAS
  • KEENAKAN MASAKAN PADANG
  • KUAH KUNING POPULAR DI PULAU MALUKU
  • SINGGANG VS SINIGANG YANG MANA SEDAP?
Saji OnlinePanduan Sumber Resipi
  • You are here :
  • Home
  • Dunia Kulinari ,
  • Santai ,
  • Uncategorized
  • KENAPA BUDAYA REWANG SEMAKIN HILANG?

KENAPA BUDAYA REWANG SEMAKIN HILANG?

Article

Mungkin ramai yang tidak tahu maksud `budaya rewang’ lebih-lebih lagi golongan muda. Rewang adalah istilah Jawa yang memberi makna tolong-menolong dan bergotong-royong untuk sesuatu majlis seperti perkahwinan, doa selamat dan cukur jambul.

Rewang atau bekwoh  adalah satu budaya, satu amalan, yang sudah dilaksanakan sejak dulu kala tetapi malangnya, semakin dilupakan hari ini.

Read moreJELAJAH MASA DI SEVEN TERRACE

Bagi  Cef Amer Hamzah sesetengah masyarakat, panggilannya bukan rewang, misalannya di Kelantan dikenali sebagai`bekwoh’ namun konsepnya tetap sama. Tidak kira, lelaki atau wanita, muda atau tua, bekerjasama, tolong menolong, bantu membantu membuat persiapan sesuatu majlis sehingga selesai.

Pendapat Cef tentang budaya rewang?

Read moreMoon’s Kitchen - Ada Class

Secara peribadi saya agak sedih kerana budaya rewang yang menjadi budaya turun temurun dan identiti bangsa kita telah semakin hilang ditelan zaman dan mungkin akan pupus buat selama-lamanya.

Jika kita lihat, umumnya budaya rewang ini sama sahaja di mana-mana. Cuma kalau dahulu, budaya rewang ini merangkumi semua perkara dari sebelum bermulanya majlis hinggalah selesai majlis. Tetapi kini kebanyakan tugas itu telah diambil alih oleh pihak katering ataupun perancang majlis.

Read moreSEDAPNYA AIR TANGAN MAMI LILY

Biasanya budaya rewang ini dilakukan apabila masyarakat kita ingin membuat sesuatu majlis seperti majlis kenduri kahwin, kenduri arwah atau menyambut sesuatu keramaian. Bermula daripada penyediaan khemah, bahan, proses memasak, menghidangkan, melayan tetamu, mengemas hinggalah membasuh pinggan mangkuk serta periuk belanga. Semua sanak saudara dan orang kampung akan berganding bahu menjayakan majlis.

Kalau dahulu, jika ada majlis kenduri kahwin, saudara mara dan jiran akan mula rewang dua atau tiga hari sebelum majlis.

Read moreKedai Paling Tak Masuk Akal Di Bangi

Kongsi kebaikan rewang?

Bukan saja katering, malah pelamin juga sekarang perlu disewa. Berlainan sekali dulu, semuanya dibuat secara gotong-royong kerana orang dulu terlalu teliti dan ada alasan positif di sebaliknya. Tanpa disedari juga, pemilihan konsep moden seumpama ini nyata menjauhkan matlamat rewang sebenar iaitu menyatukan masyarakat dan keluarga selain melancarkan perjalanan majlis perkahwinan serba meriah.

Read moreAISKRIM LEGEND KAMPUNG BARU. CEPAT CARI SEKARANG!!!

Rewang memberi banyak manfaat kerana hidangan kenduri dimasak secara bersama. Rewang tidak lagi menjadi perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat atau dianggap agak remeh, sebaliknya digantikan dengan amalan katering yang lebih memberi keuntungan kepada pihak tertentu.

Sanak saudara dan jiran tetangga berkumpul pada acara rewang dengan masing-masing mengambil tugas tanpa alasan, kerana ia adalah satu kebiasaan.

Read moreKEUNIKAN PRODUK PEKASAM TANTIES

Cara untuk kembalikan budaya ini?

Pepatah lama ada menyatakan, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Read moreBUFFALO PARK - LANGKAWI

Bagi saya untuk mengembalikan budaya rewang ini, terlebih dahulu kita kena fahami bagaimana budaya ini berkembang.  Budaya rewang hanya akan terjadi jika sesuatu komuniti atau kejiranan itu agak akrab, saling kenal mengenali, sentiasa berhubung dan yang lebih penting sikap bertolak ansur serta tolong menolong perlu ada dalam diri masing-masing.

Bagi masyarakat Jawa, ada sesetengah tempat masih melakukan acara rewang ini,  antara menu yang biasa dihidangkan adalah nasi putih yang dipadankan dengan ayam atau daging masak kicap, sambal goreng, masak opor, sambal tahun, pecel dan tidak lupa sambal belacan serta ulam-ulaman.

You may also like

IKAN SELAR SINGGANG

DESSERT BY YANA

Makanan boleh hilangkan tekanan. Biar betul..

Archives

  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017

Calendar

March 2026
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Oct    

Categories

  • Advertorial
  • Arkib Saji
  • Ayam & Daging
  • Berita Saji
  • Biskut & Kek
  • Dunia Kulinari
  • Hotel & Resort
  • Info, Tip & Petua
  • Kuih Muih
  • Makanan Laut
  • Mi & Pasta
  • Minuman
  • Pembuka Selera
  • Pencuci Mulut
  • Resipi Saji
  • Restoran & Kafe
  • Roti & Pastri
  • Saji Singgah
  • Saji Sukses
  • Sambal
  • Santai
  • Sayuran
  • Step By Step
  • Telur
  • Uncategorized
  • Video

Copyright Saji Online 2026 | Theme by ThemeinProgress | Proudly powered by WordPress