Skip to Content

Monday, June 26th, 2017
AISKRIM LEGEND KAMPUNG BARU. CEPAT CARI SEKARANG!!!

AISKRIM LEGEND KAMPUNG BARU. CEPAT CARI SEKARANG!!!

Saji Online

Lepas baca artikel ini, cepat-cepat berkejar ke Kampung Baru dan cari Pak Yusuf. Lebih 20 tahun bertahan dan mungkin ini generasi aiskrim pulut terakhir. Apa lagi? Aiskrim satu!!!

Ini Pak Yusuf. Pak Yusuf meniaga aiskrim naik basikal tua biarpun sudah menjangkau usia 67 tahun. Cukup terkenal dan kemunculannya sangat dinanti-nanti oleh peminat aiskrim pulut. Waktu SAJI datang berkunjung, pelanggan sudah beratur panjang menanti giliran.

Aiskrim Pulut ini memang cukup popular di kalangan orang Kampung Baru. Kalau lepas balik kerja, bagai tak lengkap kalau tak singgah ke sini. Buat penyegar tekak kata mereka. Hanya ada dua pilihan iaitu aiskrim cawan dan roti. Dan hanya RM2.00.

Pak Yusuf akan menceduk dua skop aiskrim durian, kemudian diselitkan dengan pulut dan ditambah pula dengan dua skop aiskrim vanilla. Selepas itu, susu cair dan kacang akan ditaburkan di atas. Hanya sesiapa yang pernah merasainya tahu bagaimana nikmat dan segarnya aiskrim buatan sendiri ini.

Kalau dulu, Pak Yusuf akan tawaf satu Kampung Baru dengan basikal tua untuk menjual aiskrim, namun atas faktor usia dan kesihatan, dia kini hanya ‘berkampung’ di Jalan Daud daripada jam 5.00 petang hingga 11.00 malam.

Kata Pak Yusuf, aiskrim pulut merupakan aiskrim pada zaman kanak-kanaknya dahulu. Dan tidak keterlaluan jika Saji katakan, rata-rata penduduk asal Kampung Baru membesar dengan Aiskrim Pulut Pak Yusuf. Betul tak?

Previous
Next