BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana – dibersih & dikeringkan
Sedikit cili flakes
Sedikit minyak zaitun
Garam, lada hitam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan ketuhar pada suhu 200⁰C. Kemudian lumur rata minyak zaitun pada ayam, taburkan sedikit garam, cili flakes dan lada hitam.
- Bakar pada suhu 200⁰C selama 15 minit, kemudian turunkan suhu sehingga 180⁰C dan bakar selama 30 minit. Jika ayam masih sedikit mentah masukkan semula kedalam ketuhar selama 10 minit.
- Hidangkan ayam bakar panas-panas bersama jus.
BAHAN UNTUK JUS:
1 ekor rangka ayam dipotong kecil
1 biji besar bawang kuning
1 batang seleri
sehelai daun bay
Beberapa batang thyme segar
CARA MENYEDIAKAN:
- Didalam kuali yang, tuang sedikit minyak dan gorengkan rangka ayam sebentar.
- Tambahkan bawang dan saleri. Kemudian bakar didalam ketuhar pada suhu 180⁰C selama 30 minit.
- Selepas itu keluarkan. Tambahkan 2 cawan air, daun bay, thyme segar dan reneh diatas dapur sehingga air berkurangan sebanyak separuh.
- Tapis dan buangkan bahan-bahan kasar, renehkan jus yang ditapis sehingga sedikit pekat. Tambahkan garam dan lada putih secukup rasa.