BAHAN AYAM PANGGANG
1 keping peha ayam tanpa tulang
BAHAN PERAPAN:
1/2 cawan minyak zaitun
1 sudu besar biji ketumbar
1 biji bunga lawang diketuk & dipecah pecahkan
1/2 sudu kecil cengkih
1 batang kulit kayu manis diketuk & dipecahkan
1 biji parutan kulit limau nipis
BAHAN SALAD:
1 biji limau mandarin dikupas kulit & dibuang biji
campuran daun salad
vinaigrette limau nipis
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar minyak zaitun
Sedikit garam, gula & lada putih secukup rasa
BAHAN MENTEGA LIMAU NIPIS, CILI & DAUN KETUMBAR
4 sudu besar mentega lembut
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kecil cili flakes
1 sudu besar daun ketumbar
sedikit parutan kulit limau
Garam & lada putih secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Campurkan kesemua bahan perapan. Keringkan ayam dengan tuala dapur dan perap semalaman atau minima 2 jam.
- Campurkan kesemua bahan vinaigrette dan kacau sebentar sehingga sebati.
- Campurkan kesemua bahan mentega dan sejukkan didalam peti sejuk.
- Goreng ayam diatas pemanggang sehingga kulit rangup dan ayam masak. Letakkan sedikit campuran mentega yang telah disediakan.
- Untuk menghidangkan, campurkan vinaigrette bersama salad, letakkan ayam diatas.