BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam dibuang kulit & tulang
1 labu bawang besar (cincang)
5 biji tomato dibuang kulit & biji (cincang)
1 ulas bawang putih (ketuk)
1 sudu besar tomato puri
1/2 cawan tomato ceri (belah dua)
10 helai daun basil (hiris nipis)
250 gm spagetti
CARA MENYEDIAKAN:
- Goreng ayam setengah masak bersama sedikit minyak zaitun dan asingkan.
- Masukkan bawang besar, bawang putih dan tomato puri. Tumis selama 3 minit, masukkan tomato yang dicincang.
- Tumis lagi selama 10 minit. Masukkan kembali ayam, reneh selama 5 dan 8 minit , kemudian asingkan ayam.
- Masukkan garam, gula dan lada putih secukup rasa. Masukkan tomato ceri, daun basil dan pasta yang telah direbus. Gaul rata. Hiriskan ayam dan hidangkan panas-panas.