BAHAN KEBAB AYAM:
2 keping peha ayam dibuang kulit & tulang (dipotong kiub sebesar 1cm)
2 sudu besar madu
2 sudu besar cili ( cili kering, bawang besar, sedikit bawang putih )
1 sudu besar greek yogurt
2 sudu kecil halia (ditumbuk halus)
Sedikit jus lemon
Garam secukup rasa
BAHANĀ JERUK BAWANG
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar cuka putih
1 sudu kecil campuran bijan putih & hitam
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Untuk menyediakan kebab, campurkan kesemua bahan perap ayam minimum selama Ā 2 jam atau semalamam.
- Cucukkan ayam pada lidi ( dalam 5-6 ketul 1 cucuk ) dan panggang diatas pemanggang dapur selama 6 hingga 8 minit sehingga masak.
- Untuk menyediakan jeruk bawang, campurkan kesemua bahan. Biarkan sekurang- kurang nya setengah jam. Hidang bersama ayam.