BAHAN-BAHAN:
1 biji kentang besar (dipotong dadu)
2 ketul peha ayam
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 keping daun bay
1 liter air
1/2 cawan krim
Garam dan lada putih secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Tumis bawang dengan sedikit mentega, masukkan kentang dan air. Biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan ayam. Reneh sehingga kentang dan ayam masak. Asingkan ayam, kemudian kisarkan kesemua bahan sup.
- Carik-carikkan isi ayam dan masukkan semula ke dalam sup dan renehkan selama 5 minit.
- Jika sup terlalu pekat, boleh tambahkan air, jika sup sedikit cair renehkan lagi sehingga agak pekat. Masukkan krim dan perasakan dengan garam dan lada putih. Hidangkan panas.