Moon’s Kitchen – Ada Class

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

FOTO : ROHAIDA ZULKIFLI

Lima bintang untuk Moon’s Kitchen. Saji akui restoran ini antara yang terbaik dalam sajian ala Barat. Dan apa yang lebih penting, ianya 100 peratus dan diusahakan oleh anak muda Melayu.

Saat dihidangkan pembuka selera, Grill NZ Mussels, ianya memberikan satu kesegaran dalam setiap kunyahan. Dan jangan tertinggal sedikitpun sos lemon dan herba yang dicurahkan ke atas kepah kerana itulah kunci utama kepada kelazatannya. Slurppp… Ada yang sanggup memandu dari jauh semata-mata untuk menikmati hidangan ini sahaja, jadi anda boleh bayangkan sendiri tahap kelazatannya.

Black Pepper Steak merupakan hidangan paling popular di sini. Mungkin kelihatan seperti menu biasa, namun percayalah, suapan pertama akan membuatkan anda terkesima. Kepedasan daripada lada hitam merebak dalam mulut memberikan satu kepuasan maksima. Sedap…Sedap…Sedap.

Chipotle BBQ Beef Ribs dan Chutnet Glazed Lamb, hidangan yang cukup mempersona. Mengenangkan kembali ketika menikmati hidangan ini membuatkan Saji kecur liur. Satu hidangan cukup mengenyangkan seharian.

Pakar steak ini mengutamakan kualiti dalam setiap hidangan dan ianya turut menyediakan pelbagai kelas menu untuk dipilih. Harga menu utama bermula serendah RM27.90. Menurut pemilik,Aizuddin Khalid dan Athiqah Teo, segala perencah dan resipi diolah kembali mengikut selera tempatan. Malah, chef café turut mencipta satu bahan sebagai pengganti alkohol untuk mengekalkan rasa asal.

Dan Athiqah turut memberikan cadangan agar memesan steak separuh masak kerana daging akan lebih lembut dan berjus.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan