Skip to content
Copyright Saji Online 2026
Theme by ThemeinProgress
Proudly powered by WordPress

HOT

  • BUBUR LAMBUK
  • LENGAT PISANG EMAS
  • KEENAKAN MASAKAN PADANG
  • KUAH KUNING POPULAR DI PULAU MALUKU
  • SINGGANG VS SINIGANG YANG MANA SEDAP?
Saji OnlinePanduan Sumber Resipi
  • You are here :
  • Home
  • Uncategorized
  • Dessert….Sedapnya..

Dessert….Sedapnya..

Article

Pasti ramai dalam kalangan pembaca yang suka membuat dessert di kala petang atau malam hari. Tetapi, pening memikirkan cara untuk menghidangkannya. Ini kerana cara mempersembahkan dessert itu di atas piring mempengaruhi keinginan untuk orang mencubanya. Di sini, SAJI kongsikan idea untuk menghidangkan dessert di atas piring seperti yang anda lihat di kaca tv. Kini, makan di rumah bersama yang tersayang tapi fefeling di restoran mewah bukan lagi fantasi. Selamat mencuba!

  • PILIH PIRING WARNA PUTIH

Kebiasaannya dessert dihasilkan dengan pelbagai warna yang menarik. Jadi pilihlah piring berwarna putih untuk menghidangkan dessert. Piring putih tidak bersaing secara visual dengan makanan yang disajikan dan memberikan efek kontra, membuatkan warna makanan menjadi lebih cerah serta teksturnya lebih menarik. Oleh kerana itu, piring putih menjadi pilihan kebanyakan para cef berbagai restoran di seluruh dunia.

Read moreKARI KAMBING

  • HINDARI SKEMA WARNA SEKATA

Sepiring makanan kan terlihat menarik jika terdapat beberapa warna yang kontra di atasnya. Seperti contoh, semangkuk oatmeal perlu dihidangkan dengan memasukkan buah-buah seperti beri segar, siraman sirap maple kuning dan pelbagai lagi agar ianya menarik.

Read morePUDING MANGGA

  • PERHATIKAN TEKSTURNYA

Tekstur dan warna adalah dua perkara penting saat membicarakan tentang hidangan di atas piring. Jika makanan terlalu berminyak, terlalu kering, lembik, keras, atau liat ianya akan mencacatkan rupa makanan. Jadi memasaklah dengan baik agar apa yang ditonjolkan seiring dengan rasa.

  • LAKUKAN EKSPERIMEN DENGAN BENTUK-BENTUK YANG MENARIK
Read moreLIME MINT GATEAU

Misalnya, memotong agar-agar gunakan acuan pelbagai bentuk menarik seperti bintang, atau love. Ianya akan lebih menarik berbanding potongan empat segi.

 

  • HADKAN JUMLAH HIDANGAN
Read moreCOKLAT TERBAIK DUNIA

Isilah dua pertiga bahagian piring dengan makanan.  Selebihnya harus kosong. Ruang yang kosong akan memberikan efek hingga makanan kelihatan menarik. Jika piring penuh, makanan itu sendiri tidak akan nampak menarik.

  • IKUTI ATURAN JUMLAH GANJIL

Elemen hidangan dalam jumlah ganjil secara visual lebih menarik daripada jumlah genap. Misalnya ketika anda hidangkan pemanis mulut berasaskan udang, pastikan di atas pinggan 5 atau 7 ekor bukan 4 atau 6.

  • SUSUN MENINGGI
Read moreACAR IKAN ASIN KURAU

Susunan meninggi sesebuah hidangan biasanya kita kan lihat di restoran-restoran mewah. Namun, tidak salah jika kita mengaplikasinya di rumah bagi menggembirakan hati yang tersayang. Susunan brownies atau kek dengan susunan meninggi menyilang juga lebih menarik berbanding di susun satu-satu di atas piring.

  • GUNAKAN HIASAN MENAMBAH CITA RASA HIDANGAN
Read moreRENDANG ITIK PUCUK MAMAN

Jangan takut untuk mencuba. Sesekali kreatif dengan menggunakan hiasan seperti gula halus, tomato ceri, serbuk kayu manis, hirisan lemon, segenggam buah delima dan sebagainya pasti hidangan anda akan kelihatan lebih menarik. Namun begitu, gunakan hiasan itu mengikut kesesuaian hidangan, bukan ikut suka.

You may also like

IKAN SELAR SINGGANG

DESSERT BY YANA

Makanan boleh hilangkan tekanan. Biar betul..

Archives

  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017

Calendar

March 2026
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Oct    

Categories

  • Advertorial
  • Arkib Saji
  • Ayam & Daging
  • Berita Saji
  • Biskut & Kek
  • Dunia Kulinari
  • Hotel & Resort
  • Info, Tip & Petua
  • Kuih Muih
  • Makanan Laut
  • Mi & Pasta
  • Minuman
  • Pembuka Selera
  • Pencuci Mulut
  • Resipi Saji
  • Restoran & Kafe
  • Roti & Pastri
  • Saji Singgah
  • Saji Sukses
  • Sambal
  • Santai
  • Sayuran
  • Step By Step
  • Telur
  • Uncategorized
  • Video

Copyright Saji Online 2026 | Theme by ThemeinProgress | Proudly powered by WordPress