BAHAN KRIM:
240 gm mentega / marjerin
80 gm krim keju
60gm gula
120 mllimeconcentrated – panaskan
2 sudu besar esen pudina
½ biji parutan limau nipis
5 helai daun pudina – cincang halus
Sedikit pewarna hijau
BAHAN KEK SPAN:
3 biji telur gred A atau B
60 gm gula kastor
½ sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar ovallate
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
60 gm mentega – cairkan
CARA MENYEDIAKAN:
- Pukul semua bahan kek span kecuali mentega cair dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).
- Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata.
- Tuang adunan ke dalam loyang 11″ X 8″ yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170⁰C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
- Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari ketuhar. Biarkan sejuk seketika.
- Untuk menyediakan krim, pukul mentega atau marjerin, krim keju bersama gula sehingga gebu.Panaskan limeconcentrated sehingga mendidih, tuangkan perlahan- lahan kedalam adunan krim sambil terus pukul pada kelajuan sederhana.
- Masukkan parutan limau nipis, esen pudina dan daun pudina, pukul sebentar. Kemudiananda boleh bahagikan kepada dua bahagian, sebahagian diwarnakan dan sebahagian tidak perlu warna.Dengan menggunakan kek span, pemotong mengikut kreativiti dan paipkan krim untuk hiaskan kek.