BAHAN KRIM:
240 gm mentega
80 gm gula
1 biji buah pala – cincang
1 paket topping Hairan
ΒΌ cawan air
BAHAN KEK :
1 paket tepung Hairan
250 ml air
125 ml minyak masak
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan air dan minyak ke dalam tepung, kacau sebati. Masukkan adunan ke dalam bekas atau loyang pembakar 7 inci bakar selama 35 hingga 40 minit. setelah siap sejukkan dahulu.
- Panaskan air sebentar, kemudian masukkan ke dalam topping Hairan, kacau hingga menjadi ganache.Biar dan ketepikan.
- Pukul mentega bersama gula sehingga kembang, masukkan buah pala,pukul sebentar. Bahagikan kepada dua bahagian.
- Untuk menyediakan topping, gunakan topping hairan yang telah menjadi ganache dicampurkan ke satu bahagian mentega yang telah dipukul.Paipkan atas kek coklat moist mengikut kreativiti.Sejukkan.