BAHAN KRIM:
200 gm keju ricotta
100 gm mentega / marjerin
100 gm jagung dalam tin – kisar separuh
60 gm gula perang
1 sudu kecil esen jagung
Sedikit pewarna kuning
BAHAN SPONGE KEK :
3 biji telur gred A atau B
60 gm/ 4 sudu besar gula kastor
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar ovallate
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
60 gm mentega – cairkan
CARA MENYEDIAKAN:
- Pukul semua bahan kek span kecuali mentega cair dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).
- Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata.
- Tuang adunan ke dalam loyang 11″ X 8″ yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170⁰C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
- Pukul keju bersama gula perang hingga lembut, masukkan mentega pukul sehingga kembang, masukkan jagung, esen dan sedikit pewarna, pukul sebentar.
- Sapukan krim yang telah siap lapis demi lapis dengan kek span,sejukkan.