BAHAN-BAHAN:
280 ml krim putar
80 gm krim keju
45 gm gula aising
18 gm gelatin
50 gm air
250 gm puri mangga
BAHAN TOPPING :
130 gm puri mangga
1 sudu besar gelatin
60 gm air
Kek span secukupnya
1 bijimangga manis
CARA MENYEDIAKAN:
- Pukul krim putar, krim keju bersama gula aising sehingga kental( simpan dalam peti sejuk.)
- Kemudian campurkan air dan gelatin (cairkan), masukkan ke dalam puri mangga.
- Adunan puri mangga yang telah ada gelatin dimasukkan ke dalam krim putar dan dikacau sebati dengan perlahan.
- Gunakan kek span untuk delight mangga ini, hias dan campurkan buah mangga kiub dan hirisan mangga. Anda juga boleh buat 2 atau 3 lapis spandengan filling atau hanya menggunakan satu asas span sahaja ke dalam bekas plastik direka khas untuk produk kek dan pastri.
- Untuk menyediakan topping, cairkan gelatin dan campurkan ke dalam puri mangga dan tuang ke atas permukaan delight mangga. Sejukkan dalam peti sejuk.