BAHAN KRIM:
240 gm mentega / marjerin
80 gm gula
40 gm gula kastor
100 gm serbuk badam
200 gm badam madu
Tuile sebagai hiasan
BAHAN KEK :
1 paket tepung Hairan
250 ml air
125 ml minyak masak
½ cawan badam cincang
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan air dan minyak ke dalam tepung dan badam cincang, kacau sebati.Masukkan adunan ke dalam bekas atau loyang pembakar 7 inci bakar selama 35 hingga 40 minit. Siap sejukkan dahulu.
- Pukul mentega bersama gula perang dan gula kastor sehingga kembang, masukkan serbuk badam,pukul sebentar.
- Paipkan atas kek coklat moist badam mengikut kreativiti.Anda juga boleh jadikan kek berlapis .Hiaskan dengan badam madu sejukkan.