BAHAN-BAHAN:
280 ml krim putar
80 gm keju mascarpone
40 gm gula aising
INTI SNEK BIJIRIN :
100 gm emping jagung – kisar kasar
200 gm nestum
200 gm campuran kekacang ( kacang tanah , pistachio,gajus & badam panggang dan kisar)
60 gm kismis atau fig atau aprikot kering – cincang
100 gm mentega
200 ml madu
BAHAN KEK :
1 paket tepung Hairan
250 ml air
125 ml minyak masak
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan air dan minyak ke dalam tepung, kacau sebati.Masukkan adunan ke dalam bekas atau loyang pembakar 7 inci bakar pada suhu 160⁰C selama 35 hingga 40 minit. Setelah siap sejukkan dahulu.
- Masukkan ke semua bahan kering untuk inti bijirin ke dalam mangkuk, masukkan mentega yang telah dicairkan dan madu, kacau sebati dan letakkan dalam Loyang 7 inci, bakar sebentar selama 10 minit 160⁰C. Siap sejukkan.
- Kemudian pukul krim putar, keju mascarpone bersama gula aising sehingga menjadi krim, simpan peti sejuk sebentar.
- Jadikan coklat kek sebagai asas, letak inti bijirin yang telah dibakar di atas kek dan paipkan krim di atas inti bijirin. Siap untuk dihidangkan.